UtamaTerminalZon

Zon

ZON A

  • 12 unit Lot kedai berhawa dingin disediakan untuk keselesaan pengunjung.
  • Mempunyai ruang legar dengan keluasan melebihi 7,000 kps untuk dijadikan tempat pameran dan promosi.
  • Pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan juga diadakan di sini.

 

ZON B

  • Mempunyai dua puluh empat (24) unit kaunter tiket bas ekspres dan enam (10) unit kaunter tambahan.
  • Mempunyai sistem jualan tiket bas ekspres yang tersusun dan bersistematik.
  • Jadual perjalanan bas antara negeri dipamerkan di papan digital.
  • Terdapat sembilan belas (19) kiosk dan sembilan (9) kiosk tambahan yang menjual pelbagai barangan serbaneka.
  • Terdapat dua (2) taman mini di tengah-tengah ruang legar menunggu di kawasan bas ekspres dan bas domestik.
  • Ruang legar untuk dijadikan sebagai tapak promosi mahupun pelbagai acara yang dibuat oleh agensi Kerajaan mahupun swasta dari masa ke semasa.
  • Restoran MC Station dan McDonald.
  • Kaunter informasi dan pihak Berkuasa Tempatan (Pondok Polis).
  • Mesin ATM bagi Bank CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat, RHB Bank, Affin Bank dan Maybank untuk kemudahan pengunjung.
  • Pengurup wang, kiriman wang dan dan ‘Remittance’ dari AAG Sentral Sdn Bhd dan Lotus Group.
  • Kaunter info dan tempahan hotel percuma (“free call”) terdapat di sini.
  • Kereta tolak (“push cart”) yang turut menjual pelbagai jenis barangan seperti kraftangan, kristal, permainan kanak-kanak, pakaian dan aksessori perhiasan wanita dan pelbagai barangan lain.

 

ZON C

Dua belas (12) unit Restoran makanan seperti Restoran Nasi Ayam Bebola, Restoran Bakso, Nasi Ayam Malaysia, Restoran Sup Utara, kedai serbaneka (Seven Eleven), Kedai Pakaian Sukan Dan Pakaian Wanita yang berhawa dingin dan juga makanan tempatan yang lain.

 

ZON D

  • Kemudahan tempat menurun dan mengambil penumpang bagi pengguna bas ekspres.
  • Pengoperasian teksi telah diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengurusan Melaka Sentral Sdn Bhd supaya lebih teratur dan bersistematik.
  • Terdapat pengurup wang dan ‘Remittance’ terdapat di sini seperti Identiti Sejahtera Sdn Bhd, Western Union, TML Marketing Sdn Bhd , dan IME Sdn Bhd.
  • Kedai pelbagai seperti kedai emas, cenderamata, telekomunikasi (Celcom & Hotlink), kedai kasut, pakaian dan aksessori wanita, barangan serbaneka, jamu, dan lain-lain barangan di Zon D.
  • Pejabat-pejabat dari agensi Kerajaan seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) terdapat di sini.
  • Perkhidmatan perbankkan juga terdapat di sini dan mesin ATM Maybank dan Bank Rakyat untuk kemudahan orang ramai.
  • Kawasan luar berhawa dingin disediakan untuk keselesaan orang ramai.
  • Kaunter informasi dan hotel bajet yang terdapat di sekitar negeri Melaka turut disediakan di sini untuk kemudahan pelancong tempatan dan luar negara.