UtamaTerminalMaklumat Tentang Pengurusan Teksi Di Terminal Melaka Sentral

Maklumat Tentang Pengurusan Teksi Di Terminal Melaka Sentral

Informasi Am

  • Pada awalnya pengurusan Melaka Sentral merangkumi penyewaan lot kedai, kaunter tiket bas antara negeri dan domestik, manakala bagi pengurusan teksi dan kereta sewa diuruskan oleh Persatuan/Gabungan Teksi dan Kereta Sewa Negeri Melaka.

  • Kerajaan Negeri Melaka melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) telah bersidang pada 30hb Ogos 2006 dan memutuskan bahawa pengendalian dan pengurusan operasi Teksi Terminal dan Kereta Sewa di Melaka Sentral diambilalih oleh MSSB berkuatkuasa mulai 15hb September 2006. Ini adalah untuk memastikan keseragaman pentadbiran kepada semua persatuan dan pemandu.

  • Pihak MSSB telah menubuhkan satu (1) unit pengurusan yang baru dikenali sebagai Unit Pengurusan Operasi Dan Kereta Sewa yang terdiri daripada seorang Penyelia Perkhidmatan iaitu Encik Daud Bin Mahmud dan dibantu oleh lima (5) orang Attendan Operasi letak kereta. Waktu bekerja adalah mengikut jadual syif yang ditetapkan oleh pihak MSSB.

  • Masa operasi teksi dan kereta sewa ini adalah dua puluh empat (24) jam sehari dan kaunter dibuka selama enam belas (16) jam iaitu dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.