UtamaTerminalTerminal

Terminal

Terhasil dari cetusan ilham YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka. Menggunakan konsep gabungan senibina rumah Melayu Melaka dan rekabentuk struktur bumbung KLIA. Terdapat juga Terminal bas dan teksi berhawa dingin sepenuhnya bagi menjamin keselesaan pengunjung dan pelancong ke Melaka Sentral. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara. Bangunan ini juga mempunyai keluasa 18.361 ekar.

 

Aksessibiliti

  • Mempunyai rangkaian laluan pejalan kaki tertutup yang menghubungkan Terminal ke Bazar dan Pasar Besar Melaka Sentral.
  • Gerbang Melaka Sentral (jenjantas) turut dibina dengan kos pembinaan berjumlah RM4.59 Juta yang menghubungkan Komplek Melaka Sentral dengan pusat membeli belah TESCO, Taman Cempaka dan Taman Rumpun Bahagia. Ia juga merupakan jejantas yang terpanjang di Malaysia untuk laluan pejalan kaki awam.
  • Laluan baru turut dibina yang menghubungkan kompleks Melaka Sentral ke Malim, dan Kawasan Perindustrian Batu Berendam Zon 2