UtamaTerkini

Terkini

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Ketika pengumuman Bajet 2014, Kerajaan telah mengesahkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang digunakan ketika ini. Mengikut Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014), cukai ini akan berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6%. 

Seperti yang anda ketahui, GST merupakan cukai penggunaan yang akan ditanggung oleh pengguna. GST hanya boleh dikenakan oleh perniagaan yang telah mendaftar untuk GST di Malaysia. Melaka Sentral Sdn Bhd merupakan syarikat yang didaftarkan di bawah GST, justeru kami perlu melaksanakan cukai baru ini bermula 1 April 2015.

Ini juga bermakna Melaka Sentral Sdn Bhd akan melaksanakan GST terhadap semua bekalan barangan dan/atau perkhidmatan yang mana perlu, selain daripada yuran dan caj-caj lain yang kami kenakan. Kami akan mengeluarkan invois cukai di mana GST akan dikenakan, selaras dengan peruntukan Akta GST 2014. Umumnya, sebahagian besar daripada perkhidmatan kami yang berasaskan sewaan adalah tertakluk kepada GST pada kadar 6%, manakala bayaran faedah pula akan dikecualikan cukai.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB) adalah tertakluk kepada undang-undang GST dan maklumat pendaftaran GST adalah seperti berikut:-

Bill Perkara Maklumat
1 No GST 001483661312
2 Tarikh Pendaftaran 30hb Disember 2014

 

Maklumat lanjut mengenai GST boleh juga didapati di laman sesawang Jabatan Kastam Diraja Malaysia di www.gst.customs.gov.my.

Jika anda memerlukan penjelasan sila hubungi kami menerusi email di melakasentralsdnbhd@yahoo.com.my atau hubungi talian Talian Khidmat Pelanggan kami di 06-2881321.

Laman Web Terbaru Melaka Sentral

Pihak Melaka Sentral ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melawat laman web kami yang terbaru ini. Dengan laman web yang terbaru ini kami berharap dapat meningkatkan lagi mutu penyampaian maklumat kepada para pelawat dengan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan Melaka Sentral. Sebarang komen dan cadangan amatlah kami alu-alukan bagi membaiki mutu perkhidmatan kami kepada anda.

Subscribe to Terkini