UtamaMedan Selera

Medan Selera

Latar Belakang

  • Medan Selera Satu (1) dan Dua (2) dibina dengan kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM3,520,375.00. (*nota: kos ini telah direkod pada 4 Mei 2006 oleh Jabatan Pernilaian Negeri Melaka dan tidak mengambilkira kos tambahan selepas tarikh tersebut).
  • Bangunan ini dimiliki juga oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) tetapi diurus dan ditadbir oleh MSSB.
  • Medan Selera Satu (1) mempunyai empat puluh lima (45) buah lot kedai dan Medan Selera Dua (2) mempunyai dua puluh lima (25)

Keistimewaan Medan Selera

  • Medan Selera Satu (1) terletak berhampiran dengan Pasar Besar Melaka Sentral (bahagian bas domestik) manakala Medan Selera Dua (2) terletak berhampiran dengan Courts Mammoth (bahagian bas ekspres).
  • Medan Selera ini mempunyai konsep bangunan yang tersendiri dari segi bentuk meja dan kerusi yang disediakan oleh pihak pengurusan MSSB.
  • Terdapat kedai makanan yang berhawa dingin dan tidak berhawa dingin dengan kadar sewaan yang sama.
  • Pemilihan peniaga-peniaga baru adalah berdasarkan kepada kemampuan mereka membayar sewaan, pengalaman perniagaan dan jenis masakan yang disediakan. Majoriti daripada mereka ini adalah peniaga-peniaga yang dahulunya berniaga di kawasan sekitar dan juga stesen teksi Jalan Tun Ali.